Najib sebenarnya tiada dalam penjara? Akhirnya menteri buka mulut

Najib sebenarnya tiada dalam penjara? Akhirnya menteri buka mulut

Najib sebenarnya tiada dalam penjara? Akhirnya menteri buka mulut. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan mengulas dakwaan nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia.

“Sebelum ini ada tahu ke pangkalan data? Kalau tidak tahu, macam mana ada dakwaan?

“Kalau bab dakwaan atau surat layang, usah dengar,” katanya menerusi sidang akhbar Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, di kementeriannya pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh warga maya kononnya nama Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas gagal dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib sebenarnya tiada dalam penjara? Akhirnya menteri buka mulut

Najib, 69, dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos lalu.

BACA:

Pekerja Zoo terbunuh kena serang dengan Antelop terbesar dunia

Ayda Jebat kata mak mentua tak bagi masak dan kemas rumah

Jangan beli kad TNG NFC dekat ‘reseller’, ini senarai stesen minyak yang jual

CATEGORIES