Najib rasa marah kerana diperdaya waktu jadi PM

Oleh MHDAILY

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, bahawa beliau berasa marah kerana diperdaya berhubung kandungan surat sokongan permohonan kontrak Kerja-kerja Operasi dan Penyelenggaraan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketika prosiding membabitkan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony yang didakwa menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen, Najib, 68, berkata, timbul perasaan itu kerana surat berkenaan bertentangan dengan hasrat sebenar pihak UMS.

Ketika membaca pernyataan saksi, Najib berkata, ketika kejadian, beliau selaku Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dimaklumkan oleh bekas Ketua Setiausaha Sulitnya, Allahyarham Datuk Azlin Alias bahawa Peter menghantar surat permohonan untuk penyambungan kontrak bertarikh 9 Jun 2014.

Baca Artikel Penuh