Najib nak jam tangan, Rosmah mahu gelang berlian

Najib nak jam tangan Rosmah mahu gelang berlian

Najib nak jam tangan, Rosmah mahu gelang berlian. Datin Seri Rosmah Mansor dan syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan menuntut seutas gelang berlian emas putih bernilai AS$220,000, manakala suami Rosmah yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut tujuh jam tangan masing-masing disimpan di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).

Gelang dan jam tangan itu antara barang disita polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018, yang didakwa berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Rosmah, Azamuddin Abd Aziz, berkata anak guam juga perlu mengesahkan gelang itu menerusi gambar yang akan diserahkan pihak pendakwaan hari ini.

“Saya menerima arahan anak guam mengenai isu gelang yang turut dituntut Global Royalty Trading SAL. Saya memohon tiga, empat hari atau paling lama seminggu untuk arahan selanjutnya daripada Rosmah,” katanya pada pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil Hussin, hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin, manakala Global Royalty dan Najib masing-masing diwakili peguam, Datuk David Gurupatham serta Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Pada 25 Julai 2020, Najib dan Rosmah memeriksa 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama.

Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 barang kemas, 401 jam tangan, 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Najib nak jam tangan, Rosmah mahu gelang berlian

Sementara itu, Gurupatham mengesahkan Rosmah tidak pernah memeriksa gelang itu sebelum ini yang disimpan dalam bilik kebal berkenaan.

“Untuk rekod, Rosmah mengetepikan hak untuk periksa barang kemas terbabit. Pegawai penyiasat yang bertugas juga sudah periksa setiap barang dalam bilik itu pada tahun lalu.

“Pegawai dikenali Superintendan Foo (Wei Min) kemudian mengesahkan gelang berkenaan milik Global Property,” katanya.

Muhammad Shafee pula memohon kepada mahkamah untuk pengurusan kes tuntutan barang berkenaan diadakan secara berasingan.

“Ada dua perkara berlainan iaitu satu kes Najib dan satu lagi Rosmah.

Berkenaan gelang itu, kita dapat arahan jelas daripada Najib bahawa beliau tidak akan membuat sebarang tuntutan dan Rosmah akan membuat keputusan mengenainya,” katanya.

Susulan itu, Faten Hadni menolak cadangan Muhammad Shafee itu kerana kedua-kedua kes saling berkait dengan isu 1MDB.

“Oleh demikian, kes itu perlu kekal didengar secara serentak. Namun di pihak pendakwaan, kami memerlukan masa untuk meminda notis usul,” katanya.

Selepas mendengar hujahan semua pihak, hakim menetapkan 8 Jun ini untuk pengurusan kes itu secara serentak.

BACA:

Belum ‘settle’ isu ayam, harga ikan pula naik mendadak

Rupanya boleh ambil barang kepunyaan hotel sebelum ‘check-out’

CATEGORIES