Najib mohon hukuman ditangguh, minta semak keputusan mahkamah persekutuan

Oleh MHDAILY

Najib mohon hukuman ditangguh, minta semak keputusan mahkamah persekutuan. Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan permohonan menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan, yang mengesahkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib yang memfailkan permohonan notis usul itu melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co, memohon kebenaran untuk membuat semakan terhadap keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos lalu.

Menerusi permohonan itu, Najib memohon perintah supaya keputusan rayuan utama beliau diketepikan dan dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.

Baca Artikel Penuh