Najib masih bebas….

Oleh MHDAILY

Najib masih bebas.Untuk sementara waktu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib masih boleh bebas dengan jaminan RM2 juta selepas Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi membenarkan permohonan peguam belanya untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan tersebut selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Mahkamah turut mengekalkan syarat-syarat yang dikenakan terhadap Najib sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi iaitu pasport perlu diserahkan ke mahkamah dan perlu lapor diri ke balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Baca Artikel Penuh