Naik gaji tiga kali ganda kerana Omicron

Naik gaji tiga kali ganda kerana Omicron. Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), United Airlines merancang menaikkan gaji juruterbang mereka tiga kali ganda selepas berdepan risiko melakukan penerbangan di tengah pandemik di saat varian Omicron yang semakin menular.

Portal CNBC melaporkan ketika ini semua syarikat penerbangan mengalami kekurangan kru kabin terutama juruterbang kerana sebahagiannya dijangkiti varian Omicron.

Akibatnya, 200 penerbangan terpaksa dibatalkan, menurut laman web penerbangan FlightAware.

Disebabkan itu, wakil Presiden Kanan Operasi Penerbangan United Airlines, Bryan Quigley berkata, pihaknya sepakat menaikkan gaji juruterbang yang masih melakukan penerbangan walaupun diancam varian Omicron.

Juruterbang akan ditawarkan kenaikan gaji lebih tiga kali ganda sekiranya mahu melakukan penerbangan untuk perjalanan dari 30 Disember 2021 sehingga 3 Januari 2022.

Seterusnya mereka juga akan menerima kenaikan gaji tiga kali ganda lagi jika melakukan penerbangan antara 4 Januari sehingga 29 Januari 2022.

Pramugari United Airlines juga dibayar elaun tambahan jika bersetuju dengan risiko penerbangan yang diambil.

Selain United, syarikat penerbangan lain termasuk JetBlue, American, Southwest dan Spirit juga menaikkan gaji kru mereka supaya tidak berlaku sebarang gangguan penerbangan.

Akibat lonjakan kes varian Omicron, banyak syarikat penerbangan seperti United, Delta Air Lines, JetBlue Airways, SkyWest dan Alaska Airlines membatalkan lebih 10,000 penerbangan sejak 23 Disember lalu.

Ia terpaksa dilakukan dengan alasan cuaca buruk dan ramai kru syarikat penerbangan dijangkiti Covid-19

baca juga :

Disangka tayar buruk, rupanya 2 ekor ular sawa gergasi sedang berlingkar
Sembur tahi cicak guna waterjet, Vida minta netizen henti kutuk Rina
Air pasang besar di 4 negeri, berisiko alami banjir

Artikel ini disiarkan pada 03/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)