Nafi hak ahli parlimen bersidang bermaksud nafi hak rakyat – Timbalan Speaker

Nafi hak ahli parlimen bersidang bermaksud nafi hak rakyat – Timbalan Speaker

Kerajaan boleh mengenakan perintah kawalan terhadap rakyat, tetapi bukan terhadap demokrasi, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said.

Beliau berkata, menafikan hak Ahli Parlimen untuk melibat urus dengan kerajaan bermaksud menafikan hak rakyat di negara ini.

Dalam satu kenyataan, beliau menggesa kerajaan supaya melabur bagi mengadakan sidang Parlimen secara maya ketika tempoh darurat dan berkata tidak ada cara negara untuk maju ke depan melainkan Parlimen dibenarkan bersidang semula.

Azalina berkata, beliau juga baru-baru ini mengadakan perbualan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkata “tidak ada bantahan untuk Parlimen bersidang secara maya”.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/27/lockdown-tak-sepatutnya-lumpuh-demokrasi-kata-azalina/