Nabila Huda lepas geram kepada peguam Siti Bainun, ungkit sejarah hitam

Nabila Huda lepas geram kepada peguam Siti Bainun, ungkit sejarah hitam. Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai peguam yang dikatakan mengeluarkan beberapa info berkenaan ‘isu dalaman’ tentang satu kes.

Malah, peguma tersebut juga menjadi wakil kepada Orang Kena Tuduh (OKT) sehingga mendapat kecaman netizen selepas mengeluarkan beberapa kenyataan di media sosial.

Susulan itu, perkongsian pelakon Nabila Huda yang lebih mesra disapa Abil turut menjadi bualan apabila membuka ceritanya sebelum ini dengan peguam wanita tersebut.

Menurut Abil, dia mendakwa peguma itu adalah individu yang mahu menyamannya sehingga mencecah RM900,000 beberapa bulan lalu.

Nabila Huda lepas geram kepada peguam Siti Bainun, ungkit sejarah hitam

Tidak mengenali peguam tersebut, Abil turut terkejut apabila dirinya disaman apatah lagi perkara itu hanya diketahuinya menerusi media sahaja.

Luahnya lagi, dia turut hairan apabila perkara itu dimaklumkan kepada media terlebih dahulu sedangkan dirinya yang disaman tidak tahu menahu.

Dakwa Abil lagi, peguam tersebut yang memaklumkan kepada pihak media terlebih dahulu mengenai dia akan disaman tetapi tidak memberitahu kepadanya tentang perkara itu.

Nabila Huda lepas geram kepada peguam Siti Bainun, ungkit sejarah hitam

Dalam entri tersebut, Abil turut mendedahkan mesej yang dikirim kepada pihak media untuk mengetahui siapa yang memberikan kenyataan mengeani isu saman menyaman itu.

Nabila Huda lepas geram kepada peguam Siti Bainun, ungkit sejarah hitam

Nabila Huda lepas geram kepada peguam Siti Bainun, ungkit sejarah hitam

Sementara itu, Abil menjelaskan dia tiada niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi rimas apabila wajah peguam itu sering muncul di media sosial.

Dalam pada itu, Abil turut menitipkan pesanan supaya tidak mencari populariti dengan cara mudah kerana menjadi terkenal bukan sesuatu yang mudah.

Nabila Huda lepas geram kepada peguam Siti Bainun, ungkit sejarah hitam

BACA:

Waspada, kes dan kematian Covid-19 naik mendadak tiba-tiba

Aktivis #justiceforbella kecam Rina Harun, baru muncul selepas TMJ bersuara

Letak pita pelekat di dahi untuk cegah kedutan dah jadi trend wanita kini