Muntah paus tak original, pemilik sedia beri lebih sampel untuk ujian

wanita

Muntah paus tak original, pemilik sedia beri lebih sampel untuk ujian.Peniaga yang menjumpai ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus bersedia memberikan sampel berkenaan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk melakukan ujian semula di makmal.

Aida Zurina Long, 41, berkata, walaupun akur dengan keputusan analisis dilakukan Jabatan Perikanan dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bahawa objek ditemukannya tidak tulen, namun dia terbuka untuk me­nerima pandangan lain.

“Jika ada pihak yang meragui keputusan itu dan berminat untuk membuat ujian di makmal lain, saya bersedia memberikan sampel,” katanya ketika dihubu­ngi semalam.

Aida Zurina berkata, dia tidak kecewa dengan keputusan ber­kenaan kerana niatnya semata-mata untuk mengetahui kan­du­ngan sebenar objek itu.

Katanya, sejak daripada awal dia tidak meletakkan harapan tinggi, bahkan tiada angan-angan untuk menjadi jutawan segera.

Muntah paus tak original, pemilik sedia beri lebih sampel untuk ujian

“Sebab itu saya tidak meletak sebarang harga atau menjualnya lebih awal sebelum keputusan ujian keluar walaupun ada ramai yang berminat untuk membeli.

“Objek ini akan terus disimpan kerana memberi kenangan berharga untuk saya dan ke­luarga,” katanya.

Aida Zurina berkata, pendedahan mengenai penemuan objek itu sebaliknya memberi limpahan rezeki kerana perniagaan kedai makan yang diusahakannya mendapat sambutan memberangsangkan.

Sementara itu, Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata, ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus atau ambergris yang dijumpai seorang peniaga di Kemaman, dekat sini disahkan tidak tulen.

Katanya, pengesahan itu di­buat Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT, Prof. Madya Dr. Hasrizal Shaari selepas analisis yang dijalankan bersama penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang.

Katanya, hasil uji kaji mendapati sampel berkenaan tidak mengandungi tiga bahan aktif iaitu ambrein, epicoprosterol dan coprostanone, bahkan fizikalnya turut berbeza dengan struktur muntah ikan paus tulen yang se­perti batu kapur.

BACA JUGA:

KPN akui agensi lambat diberi arahan, hanya tiba selepas hari kedua banjir
Panas !!! Permohonan SKMM padam posting kritik kerajaan ditolak Twitter

Artikel ini disiarkan pada 24/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)