Mulai 1 Julai, harga ayam dijangka naik kepada RM15 sekilogram

Mulai 1 Julai, harga ayam dijangka naik kepada RM15 sekilogram. Harga ayam segar dijangka mampu naik mencapai RM15 sekilogram (kg) paras tertinggi pernah direkodkan mulai Julai ini, selepas skim harga maksimum runcit bahan mentah itu tamat akhir bulan ini.

Peniaga ayam, Hafizul Mohamad, 40, berkata pembekal ayam memaklumkan kos bahan mentah itu kini sedang diteliti semula selepas kerajaan tidak lagi memberikan subsidi kepada penternak mulai Julai nanti.

Katanya, ketika ini peniaga terpaksa menjual ayam segar pada harga RM12 kg berikutan terbeban dengan kenaikan berterusan kos pengangkutan, walaupun skim harga maksimum ayam RM8.90 sekilogram masih dikuatkuasakan.

Beliau berkata, sebelum ini peniaga terpaksa menanggung kos pengangkutan ayam segar bagi setiap kg bermula dengan 50 sen sebelum ia mengalami kenaikan sehingga RM1.50 serta RM1.80 dan terbaharu dinaikkan kepada RM2.20 untuk setiap kg bahan mentah itu.

“Jika ikut makluman awal pembekal dan trend kenaikan kos pengangkutan, apabila skim maksimum harga ayam tamat akhir bulan ini, harga ayam segar dijangka mampu melonjak kepada RM15 bagi sekilogram bermula 1 Julai ini.

“Apatah lagi pembekal ketika ini masih belum berupaya memenuhi permintaan ayam segar yang diminta peniaga sekali gus masih gagal memenuhi permintaan pasaran.

Baca Artikel Penuh