Muka pekerja Nepal ini sebijik Awie, “ke memang adik dia?” – netizen

Sebelum ini, kisah wajah orang biasa yang mirip dengan artis terkenal Malaysia cukup menjadi perhatian ramai.

Namun kali ini, seorang pekerja luar negara telah tular kerana mukanya dikatakan seiras dengan penyanyi rock tanah air iaitu Datuk Awie.

Hal itu mula viral setelah dikongsikan menerusi akaun TikTok Ariff Hanafi.

Muka pekerja Nepal ini sebijik Awie, “ke memang adik dia?” – netizen

Lelaki Nepal tular wajah disamakan dengan Datuk Awie

Melalui video berdurasi 13 saat tersebut, dilihat seorang lelaki difahamkan warganegara Nepal sedang sibuk melakukan kerja di dalam kilang.

Sementara itu, si perakam turut menyelitkan lagu berjudul ‘Iras’ menjadikan kita terus membayangkan persamaan wajahnya dengan Datuk Awie.

Cara senyuman dan lirikan mata benar-benar nampak serupa

Terutamanya dari sisi wajah, tidak dinafikan bentuk hidung dan cara senyumannya saling tak tumpah seperti muka Datuk Awie ketika muda dahulu.

Tambahan pula dengan lirikan mata serta kening yang nampak garang sememangnya menyerupai ciri-ciri utama rupa artis popular tersebut. Tak sampai 24 jam dimuat naik, ia sudah meraih hampir setengah juta tontonan.

Muka pekerja Nepal ini sebijik Awie, “ke memang adik dia?” – netizen

Aku pening dah mana 1 Awie yang sebenar…Dia nampak lagi Awie daripada Awie yang sebenar

Melalui ruangan komen, ramai netizen menyuarakan rasa teruja melihat ‘kembar terpisah’ itu. Malahan, ada yang berseloroh mereka keliru mana satukah Datuk Awie sebenar kerana persamaannya terlalu mirip.

” ni kalau Awie nampka mesti dia bangga ”

” Mazbah ker tu? ”

” mesti dia tengok akedemi fantasia ”

” Ni bukan Awie ni awas ”

BACA: Wardina Safiyyah terima menantu sulung, netizen macam tak percaya “Dah Kahwin Ke? rasa macam baru tengok dia masih kecil”