Muhyiddin yakin PN akan jadi pencabar utama BN dalam PRU15

Oleh MHDAILY

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, PN menawarkan suatu bentuk parti yang mendukung kerajaan yang lebih baik.

Menurut beliau, PN juga berpegang kepada prinsip ketelusan, integriti, menentang rasuah dan salah guna kuasa.

Justeru baginya, Perikatan Nasional akan menjadi pencabar utama BN dalam PRU15 yang akan datang.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Muhyiddin ketika membalas nasihat Lokman Nor Adam menyebut :

β€œApakah saya harus tinggalkan prinsip ini untuk tujuan ke parti asal saya? Tidak sekali-kali.

β€œSebab bagi saya, apabila bergabung bersama dan bekerja lebih kuat, kita akan jadi pencabar utama kepada BN,” katanya pada sidang media di bilik gerakan utama PN pada Sabtu.

Muhyiddin

Pada Sabtu, Lokman meminta untuk Muhyiddin membubarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kembali kepada UMNO.

Tambah Muhyiddin, penubuhan PN juga bagi memberikan tambahan kepada rakyat untuk membuat pilihan yang lebih banyak.

β€œIni bagi saya penting, bukan soal peribadi saya atau soal apa. Kerana kita berpendapat, pembentukan bersatu dan gabungan PN suatu perkembangan politik sihat dalam sistem demokrasi berparlimen,” ujarnya.