Muhyiddin ni dah tak ada rasa malu ke dengan Agong?, soal Anwar

Muhyiddin ni dah tak ada rasa malu ke dengan Agong?, soal Anwar. Ketegasan Yang di-Pertuan Agong yang berulang kali menggesa sidang Parlimen perlu diadakan segera memberi bayangan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara dengan baik dan telus, dakwa Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang berkata, pengulangan gesaan oleh Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini adalah pandangan majoriti yang membuktikan baginda memahami penderitaan rakyat berbanding menteri dan pentadbiran PN termasuk Peguam Negara, Idrus Harun yang membuat kenyataan angkuh.

Malah, katanya, gesaan Agong supaya jawatankuasa pilihan Parlimen meneruskan sesinya sekarang sebagai proses semak dan imbang tidak pernah diadakan oleh kerajaan Muhyiddin Yassin.

YDP Agong, Muhyiddin

“Yang ada percubaan merompak sesuka hati, mengadakan tender tanpa penilaian dan semak imbang.

“Bayangkan, kerajaan tak rasa malu dan diaibkankah bila Agong terpanggil untuk beri gesaan sedemikian,” katanya pada sidang media maya di Facebook.

Justeru, beliau berpendapat Perdana Menteri dan kerajaan ketika ini perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan tadbir urus yang berlaku dengan berundur segera.

“Pelbagai pakej bantuan diperkenalkan…berapa banyak dah, tetapi semua itu pakej melingkup saja.

“Pemerintah yang ada hanya jadi pelingkup negara dan rakyat. Sebab itu kita harus menggesa perubahan berlaku kerana kegagalan itu nyata,” katanya.

Presiden PKR itu berkata, ia terbukti apabila wujudnya kempen kibar bendera putih yang menunjukkan rakyat ketika ini benar-benar tersepit dan terkesan, walaupun hanya untuk mendapatkan makanan.

“Apa makna kepimpinan dan pengurusan kerajaan…sungguh aib, malang dan tragedi bagi rakyat yang terpaksa naikkan bendera putih untuk dapatkan bekalan makanan,” katanya.

Kempen #BenderaPutih yang digerakkan warganet beberapa hari lalu bertujuan membantu rakyat yang terdesak memerlukan bantuan ketika fasa perintah kawalan pergerakan.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/29/tak-rasa-malu-ke-diaib-bila-agong-berkali-kali-gesa-buka-parlimen-soal-anwar-kepada-muhyiddin/

BACA JUGA : Vaksin tak laku, Israel cadang lupus 800,000 dos vaksin

COMMENTS

Wordpress (0)