Muhyiddin minta rakyat terus sabar, jangan percaya dakwaan kerajaan gagal. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta rakyat untuk bersabar dan tidak mempercayai kempen kerajaan gagal mengurus pandemik Covid-19.
“Rakyat diminta bersabar, jangan percaya kempen kerajaan gagal urus Covid-19,” Muhyiddin dipetik berkata oleh Bernama.
Sebelum ini, tular pelbagai tanda pagar dan kempen kerajaan gagal di media sosial, mengecam tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguruskan pandemik.
Negara ini merekodkan kes Covid-19 tertinggi sejak pandemik melanda untuk dua hari berturut-turut dengan 11,079 kes pada Selasa dan 11,618 kes semalam.
Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau mahu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mempertimbangkan kelonggaran pergerakan individu yang lengkap dua dos vaksinasi.
Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/15/sabar-jangan-percaya-kempen-kerajaan-gagal-kata-pm/
BACA JUGA : Cukuplah tuding jari seolah kerajaan gagal, kata muslimat Pas