Mudahnya buat fishball, di rumah pun boleh buat, ini caranya…

Mudahnya buat fishball, di rumah pun boleh buat, ini caranya … Setiap kali beli fishball di kedai ramai yang ada kerisauan tentang status halal dan kebersihan pembuatannya. Sebabnya, fish ball yang dijual ini banyak dihasilkan oleh usahawan non Muslim.

Jika selalu rasa was-was sebegini ada baiknya kita belajar hasilkan sendiri. Dikongsi oleh Tahrunnisah Jali, homemade fishball ini sudah terjamin bersih, rasa ikan lebih banyak dan juga sama kenyal seperti fishball dijual di pasaran. Jom buat!

Buat Sendiri Fishball, Tak Ragu-Ragu Nak Makan

Bahan-Bahan

  1. 300gm – ikan tenggiri atau “yellow fish tail” (paling sesuai) isinya putih mesti yang fresh
  2. 2 sudu kecil tepung jagung
  3. Garam dan serbuk perasa ikut cita rasa
  4. 1/2 sudu kecil lada sulah
  5. 1/2 cawan hingga 3/4 cawan – air sejuk dalam peti ais

Cara Membuat

1. Kikis isi ikan mggunakan sudu ceramik, ambil isinya sahaja.

2. Kisar isi ikan hingga hancur.

Mudahnya buat fishball, di rumah pun boleh buat, ini caranya…Setiap kali beli fishball di kedai ramai yang ada kerisauan tentang status halal dan kebersihan pembuatannya. Sebabnya, fish ball yang dijual ini banyak dihasilkan oleh usahawan non Muslim.

3. Masukkan tepung jagung dan garam serta lada sulah. Kisar sekali.

Mudahnya buat fishball, di rumah pun boleh buat, ini caranya…

4. Masukkan air sedikit demi sedikit, pastikan adunan tak likat dan tak lembik sangat.

5. Kemudian keluarkan adunan dan letak dalam besen kecil. Ambil adunan sikit-sikit dan letak (lempar lembut) ke dalam bekas tu. Buat banyak kali sehingga rasa adunan kenyal dan berkilat serta licin.

Mudahnya buat fishball, di rumah pun boleh buat, ini caranya…

6. Ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk (rujuk gambar). Keluarkan bebola fishball antara dua jari.

Mudahnya buat fishball, di rumah pun boleh buat, ini caranya…

7. Ambil fishball guna sudu dan masuk dalam bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam dalam 15 minit).

Mudahnya buat fishball, di rumah pun boleh buat, ini caranya…

8. Kemudian barulah direbus dalam air mendidih sehingga masak (fishball akan terapung).

Mudahnya buat fishball, di rumah pun boleh buat, ini caranya…

Hasilnya sama macam beli di kedai.**

Mudahnya buat fishball, di rumah pun boleh buat, ini caranya…

Selamat mencuba!!

BACA JUGA :

Kucing jiran calarkan kereta, owner Mustang tuntut gantirugi RM12,737

Terbukti Myvi paling ganas dalam Malaysia, Mercedes C200 selamber je kena potong 172kmh

Ini tips paling ‘bajet’ lajukan kipas siling yang makin ‘slow’

CATEGORIES