MT Umno bidas Annuar, persoal kenyataan lebih senior dari Zahid

Oleh MHDAILY

Perhimpunan Agung UMNO 2020 sudah selesai. Semoga Annuar Musa kekal tenang.

Annuar Musa mengingatkan pengkritiknya, waktu dia jadi ahli MKT tahun 1990, Zahid belum ahli MKT. Bahkan Zahid juga belum jadi Menteri waktu dia jadi Menteri.

Justeru jangan pertikaikan kesetiaannya kepada parti. Dia lebih awal makan garam.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Kalau begitu sudah tentu Tun M dan PM sekarang lebih senior daripada Annuar Musa. Masa Tun M dikalahkan oleh Yusof Rawa 1969, berapa umur Annuar Musa?

Kedua duanya jadi PM. Tun M dua kali jadi PM. Bahkan mereka berdua yang melantik Annuar jadi Menteri.

Tetapi Tun M dan Muhyiddin adalah orang yang bertanggungjawab UMNO hilang kuasa di PRU ke 14. UMNO hampir diharamkan selepas PRU ke 14.

Maka apakah senioriti dan jawatan adalah ukuran kesetiaan? Sudah tentu patuh keputusan “jamaah” adalah ukuran terbaik kepada kesetiaan.

Kita boleh mengkritik. Tetap apabila parti buat keputusan, kena patuh. Keputusan syura seperti PAU semalam adalah jelas. Kenapa bising lagi secara terbuka. Mana setianya?

Semoga Annuar Musa tidak lupa, ahli UMNO di kampung dan akar umbi yang tidak pernah bermimpi jadi Menteri, mereka sentiasa patuh keputusan parti.

Bukankah mereka itu lebih tulin kesetiaannya?Mereka lebih tulin dari yg bercakap besar, yang melompat parti dan yang jadi parasit dalam parti.

Sumber ;