MPN mesyuarat bincang keperluan kembali buka semua sektor perniagaan

Oleh MHDAILY

MPN mesyuarat bincang keperluan kembali buka semua sektor perniagaan. Mesyuarat Kedua Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diadakan pada Jumaat antara lain membincangkan mengenai keperluan sektor perniagaan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS) dibuka semula dengan prosedur operasi standard yang ketat.

Mesyuarat secara maya dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut membincangkan dengan terperinci dan mengambil kira pelbagai data dan pandangan pakar-pakar kesihatan dan ekonomi berhubung kadar vaksinasi termasuk status vaksinasi individu dan kapasiti Unit Rawatan Rapi.

Menurut catatan di Facebook Muhyiddin, ahli-ahli MPN yang hadir ialah bekas Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan pakar penyakit berjangkit, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

mesyuarat

Pakar lain termasuk bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar, Presiden Persatuan PKS Malaysia, Datuk Michael Kang, Profesor Madya Dr Sivakumar Thurairajasingam daripada Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Jeffrey Cheah, Monash University dan aktivis hak asasi kanak-kanak Datuk Dr Hartini Zainuddin.

MPN mesyuarat bincang keperluan kembali buka semua sektor perniagaan

Selain itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim dan Penasihat Kumpulan Media Star Datuk Seri Wong Chun Wai.

“Diharapkan agar apa yang dibincang dan disyorkan dalam MPN akan dapat membantu kerajaan dalam memastikan Pelan Pemulihan Negara dapat dijayakan dengan selamat, teratur dan inklusif untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia,” menurut catatan berkenaan.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/154217/BERITA/Nasional/Mesyuarat-kedua-MPN-bincang-keperluan-buka-semua-sektor-perniagaan

BACA:Keputusan ROS : MUDA pertahan UMNO