MP DAP desak BNM dedah kaitan antara Zeti dan 1MDB

Oleh MHDAILY

Gabenor Bank Negara (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bekas gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz mesti menjawab laporan bahawa bank pusat itu tahu mengenai dana dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, dimasukkan ke akaun suami serta anak lelaki Zeti, kata seorang Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata di Facebook, sudah lebih dua hari sejak laporan itu dikeluarkan dan kini tiba masanya pihak berkuasa menjawab perkara itu.

Beliau mendesak Gabenor BNM Nor Shamsiah Mohd Yunus supaya menafikan dakwaan oleh The Edge itu, dan menyatakan tindakan akan diambil bank pusat berhubung laporan berkenaan.

Baca Artikel Penuh