MoU : Kerajaan sudah umum 5 daripada 18 perkara untuk dilaksanakan

Oleh MHDAILY

Sebanyak lima daripada 18 perkara yang terdapat di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang akan dilaksanakan.

Lima perkara tersebut ialah pengecualian bayaran faedah moratorium pinjaman bank untuk rakyat B50, mempercepatkan undi18 dan pendaftaran automatik, Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti, penambahan RM45 bilion had dana Covid-19 serta peruntukan sama rata ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, kesemua perkara tersebut telah pun dipersetujui bersama kerajaan setakat Khamis.

Baca Artikel Penuh