‘Monsoon break’ : Kawasan anda mungkin berisiko banjir

Kekerapan hujan di beberapa negeri dan kawasan mutakhir ini disebabkan negara berada dalam tempoh Monsun Barat Daya yang bermula 19 Mei dan dijangka berakhir pada minggu kedua atau ketiga September.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, ketika ini negara mengalami tempoh monsun melemah (monsoon break).

Menurut kenyataan itu, ‘monsoon break’ berlaku yang mana perubahan tiupan arah angin memasuki rantau negara hingga boleh menggalakkan pembentukan awan aktif dan menyebabkan cuaca lembap, sekali gus mempengaruhi perubahan cuaca di kawasan berkenaan.

Kawasan anda mungkin berisiko banjir

“Selain itu, fenomena garis badai yang membawa hujan lebat dan angin kencang berserta petir pada awal pagi berpotensi tinggi berlaku ketika Monsun Barat Daya terutamanya di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah.

“Justeru kekerapan hujan boleh menyebabkan banjir di kawasan berisiko terutamanya kawasan berkedudukan rendah, kaki bukit dan kawasan berhampiran sungai.

“Antara kawasan dikenal pasti membabitkan kawasan mudah dinaiki air di negeri pantai barat Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia berkata, orang awam dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

“Orang ramai disarankan mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan cuaca dan amaran cuaca melalui laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan laman sosial rasmi MET Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian Hotline MET Malaysia 1300-22-1638 untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/858681/beberapa-kawasan-berisiko-banjir-akibat-monsoon-break

BACA JUGA : Bayaran BKC yang terlewat akan mula dibayar Isnin ini – PM

CATEGORIES