Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik menyelar Datuk Seri Ahmad Said ekoran keengganan Umno Terengganu untuk bekerjasama dengan Pas.
Katanya, dia sama sekali sedikit pun tidak hairan dengan sikap Pengerusi Umno Terengganu dan Ketua Umno Bahagian Kemaman itu.
“… sejarah sudah banyak membuktikan kesombongan akan membawa seseorang semakin dekat dengan kehancuran dan kehinaan.
“Lihatlah nanti ahli Umno sendiri yang akan menolak beliau,” kata Mokhtar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu.
Sebelum ini, Ahmad bahkan menganggap tidak wujud Muafakat Nasional (MN) di Terengganu apabila kerajaan negeri yang dikuasai Pas itu dilihat tidak berlaku adil kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam agihan peruntukan RM10 juta daripada kerajaan Pusat bagi menangani pandemik Covid-19.
Ahmad mendakwa berbanding Terengganu, agihan yang diberikan kerajaan Pahang dan Perlis yang diterajui BN sama rata tanpa mengira sama ada wakil rakyat Umno, PKR dan sebagainya.
“Tapi sini (Terengganu) wakil rakyat Umno hanya dapat peruntukan RM45,000 berbanding wakil rakyat Pas sebanyak RM350,000 dan RM305,000 kepada Pejabat Penyelaras DUN yang dikendalikan Pas,” dakwa bekas Menteri Besar itu.
Mengulas lanjut, Mokhtar menegaskan Pas tidak akan membalas dengan kata “No way untuk Umno” walaupun Ahmad berkata “No way untuk Pas”.
“Namun Pas nak cakap “No Way For Mat Said”. Sebab apa Pas tak kata No Way untuk Umno?
“Sebab Pas tak gila macam Mat Said. Noktah,” tambah Mokhtar yang juga pemilik Pondok An- Nuur di Kampung Kuala Penor, Kuantan itu lagi.
Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/pas-tidak-gila-macam-mat-said-selar-ulama-pas/