Mohon Bantuan Awal Persekolahan sekarang

Mohon Bantuan Awal Persekolahan sekarang. Kerajaan melalui portal kementerian Kewangan hari ini mengumumkan bantuan persekolahan awal bagi mereka yang layak. Berikut merupakan isi-isi penting yang boleh anda ambil :-

Apakah itu Inisiatif Bantuan Awal Persekolahan?

  • Bantuan Awal Persekolahan bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa/penjaga dalam persediaan awal persekolahan
  • Kadar Bantuan Awal Persekolahan adalah sebanyak RM150 sekali setahun bagi murid yang layak
  • Bantuan Awal Persekolahan diagihkan mulai 17 Januari 2022 kepada murid yang memasuki Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi Penggal 1, Kohort 2022/2023
  • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:

Mohon Bantuan Awal Persekolahan sekarang

  1. Tunai; atau
  2. Disalurkan terus ke akaun bank murid

Siapakah yang layak memohon Inisiatif Bantuan Awal Persekolahan?

  • Kriteria kelayakan penerima Bantuan Awal Persekolahan adalah:
  1. Pendapatan ibu bapa/ penjaga sebanyak RM3,000 dan ke bawah; dan
  2. Murid-murid yang bersekolah di sekolah-sekolah berikut:
  • Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan;
  • Sekolah Agama dan Sekolah Swasta Persendirian;
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih; dan
  • Sekolah Integriti & Sekolah Henry Gurney

Bagaimanakah saya boleh memohon Inisiatif Bantuan Awal Persekolahan?

  • Ibu bapa/ penjaga kepada murid yang layak menerima Bantuan Awal Persekolahan bagi tahun persekolahan Kohort 2022/2023 perlu melengkapkan borang-borang berikut:
  1. Borang PB1- Permohonan Bantuan jika ibu bapa/ penjaga mempunyai slip gaji; dan
  2. Borang PB2- Borang Pengesahan Pendapatan jika ibu bapa/ penjaga tiada penyata pendapatan/slip gaji
  • Pengesahan borang dan dokumen sokongan dibuat oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (P&P), Penghulu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat setempat atau yang setaraf dengannya

BACA:

Panggilan temu duga untuk jawatan guru DG41

Bunyi bising enjin Proton X50 dan X70 akhirnya terjawab

Baca Artikel Penuh