MKN dijangka umum peralihan ke fasa dua dalam masa terdekat?

MKN dijangka umum peralihan ke fasa dua dalam masa terdekat?

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangka mengumumkan keputusan berhubung cadangan peralihan ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam masa terdekat.

Ini berikutan perbincangan mengenai cadangan peralihan fasa mengikut negeri itu sudah pun dimuktamadkan, selepas mengambil kira beberapa faktor tertentu.

Sumber MKN berkata, cadangan berkenaan sudah diteliti secara menyeluruh, merangkumi aspek kesesuaian konsep terbabit dilaksanakan di setiap negeri.

“MKN sebenarnya sudah teliti benda ini sejak seminggu lalu, sebelum tular cadangan mengenai Selangor. MKN sudah ada idea berkenaan tetapi kerajaan tak boleh umum selagi tidak jelas semua perkara.

“Kerajaan jauh lebih proaktif daripada apa yang masyarakat fikir. MKN sudah bincang dan mahu beri kesejahteraan kepada semua,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/834318/peralihan-fasa-ppn-dalam-tempoh-terdekat

BACA JUGA : Pelan Pemulihan perlu disemak semula atau bakal alami kehancuran ekonomi