Mitos dalam politik, antaranya ‘jangan tukar kerajaan’

kerajaan

Mitos dalam politik, antaranya ‘jangan tukar kerajaan’. Dari pemerhatian dan cerapan saya, semasa saya lakukan wawancara untuk kajian dan analisa, banyak sekali mitos dalam politik.

Mitos politik sama seperti mitos sains, kalau mitos sains bercanggah dengan sains tulen, mitos politik bercanggah dengan sains politik.

Mitos dalam politik akan bercanggah dengan realiti atau berbentuk fakta separuh masak. Samaada ia disengajakan untuk kepentingan sesetengah pihak atau tidak disengajakan.

Mitos-mitos ini kadang-kadang ada benarnya tapi kebenaran itu hanya separuh masak. Namun selalunya ia salah dan lebih kepada khayalan sahaja.

Antara Mitos yang kita selalu dengar jangan tukar rejim kerajaan terutama semasa krisis nanti huru-hara.

Ini merupakan salah faham, dan fakta separuh masak.

Petukaran rejim sedikit berbeza dengan pertukaran kerajaan. Ini kerana pertukaran rejim selalunya melibatkan tata-urus (cara urus) negara atau disebut orde. Bertukar kerajaan tidak semestinya akan menukar rejim. Tetapi selalunya menukar rejim pasti mengakibatkan pertukaran kerajaan. Ada kerajaan bersilih anti tetapi cara urus negara, dan orde-nya tetap sama.

Mitos

Benarkah tidak boleh tukar kerajaan dalam masa krisis nanti huru hara?

Hal ini selalu disebutkan, bahkan di media sosial dan di luar pun kedengaran retorika yang sama. “Masa pandemik janganlah tukar kerajaan nanti huru-hara”.

Persoalannya semasa pertukaran kerajaan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan apakah berlaku kacau bilau berbunuhan ? Tidak juga.

Baik, semasa rejim Pakatan Harapan dijatuhkan oleh Langkah Sheraton, pertukaran kerajaan berlaku, bukankah itu masa pandemik ? Apakah berlaku huru hara ? Kes samasa itu tidaklah begitu tinggi seperti hari ini, dan tidak pun ada huru-hara.

Dalam Perang Dunia ke 2, United Kingdom berada dalam keadaan getir. Antara hidup dan mati. Nyawa dihujung tanduk. Mereka mungkin dijajah oleh rejim Nazi dibawah pimpinan Hitler. Nazi sudah berjaya menawan Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan sebahagian dari Perancis beberapa bulan kemudian pada September 1940 mereka merancang untuk mula masuk ke tanah UK melalui persisiran laut Normandy dan Belgian.

Dalam keadaan getir ini, UK berani menukar Perdana Menteri. Ini kerana PM semasa itu Neville Chamberlain telah gagal mempertahankan Norway dari Nazi. Ia dilihat akan terus mengagalkan perang pakatan Allies yang diketuai oleh Britain menentang Nazi tersebut.

Mereka melantik Winston Churchill, seorang yang paling tidak disukai oleh lawan dan partinya sendiri.

Suka tak suka cerita belakang , Churchill seorang ‘asshole’ yang boleh melakukan kerja ini.

Jadi beliau telah buat kerajaan campuran , kemudian tubuhkan kabinet yang kecil untuk jadi lebih effektif. Kabinet bersejarah ini dikenali sebagai war ministry, hanya ada 5 jawatan sahaja, Chamberlain sebagai Tuan Presiden Majlis, pemimpin Parti Buruh Clement Attlee sebagai Lord Privy Seal (kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri), Halifax sebagai Setiausaha Luar Negeri dan Arthur Greenwood sebagai menteri tanpa portfolio. kemudian bila keadaan semakin memerlukan barulah sedikit demi sedikit ditambah.

Begitulah UK menukar kepimpinan dalam krisis dan berjaya keluar dari krisis.

Sama juga halnya dalam banyak peristiwa, dalam sejarah perang Islam Khalid Al-Walid pada 13 Hijriah dalam mengetuai perang kerana dilihat tidak sesuai mengetuai perang tersebut.

Bak kata Shakespeare: “The first thing we do, let’s fire all the generals.”

Antara sebab kegagalan di Amerika di Iraq dan Afghanistan ialah mereka tidak berani menukar general dalam operasi tersebut.

Pertukaran Kerajaan atau pimpinan dalam krisis ialah perkara biasa. Yang penting pertukaran itu mestilah berhati-hati dan orang yang dilantik itu ‘can do the job’, biarlah tidak disukai ramai sekalipun terutama dalam keadaan krisis. Pemimpin gantian itu harus ada good leadership and good governance.

Contoh terkini ialah Amerika . Trump dilihat gagal mengawal pandemik kerana kurang memberi perhatian kepada dapatan sains. Walaupun Trump kononnya menang dengan suara populis pada pilihanraya sebelum itu pilihanraya berlaku dalam masa pandemik menunjukkan sebaliknya . Biden berjaya mengambil alih White House segera mempercepatkan vaksinasi dan mengikut rapat saranan WHO dan Saranan Dr Anthony Fauci, bukan terbalik sampan Pengarah Kesihatan kena dengar cakap Politikus.

Biden, telah membina pasukan profesional yang kompeten dari ketua kakitangan kerajaan , di mana Trump sangat lemah dalam membuat keputusan bersama .
Ya, dalam keadaan getir kena ada kepakaran negosiasi dan pemimpin yang pandai buat keputusan “bersama”, bukan unilateral syok sendiri nak lantik atau letak jawatan. Sebab segalanya team work.

Jadi apakah idea “jangan tukar kerajaan semasa pandemik atau krisis” itu tepat? Fakta menunjukkan sebaliknya. Selalunya huru hara yang berlaku lepas tukar kerajaan disebabkan faktor lain bukan semata-mata tukar kerajaan=jadi huru hara. Atau dalam bahasa Sains Politik , pembolehubah dimanipulasi.

Saya bukan menyuruh menukar kerajaan. Jangan salah faham. Saya memberi tahu bahawa kefahaman seperti diatas tidak benar. Itu sahaja.

Amirul Mukminin-
Penganalisa Politik Bebas

Sumber: https://www.facebook.com/TheAM1648

BACA: Vigneswaran angkuh langgar titah Agong, kata PKR

COMMENTS

Wordpress (0)