MITI tarik balik surat kebenaran operasi Top Glove waktu PKPD

Oleh MHDAILY

MITI tarik balik surat kebenaran operasi Top Glove waktu PKPD. Kebenaran kilang Top Glove Sdn Bhd untuk beroperasi ditarik semula pada saat akhir sewaktu pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), menurut sumber yang mengesahkan perkara tersebut.

Jelas sumber, surat kebenaran yang dimuat turun mereka sebelum ini tidak boleh diguna pakai.

β€œYa, ia (kebenaran beroperasi) dibatalkan kerana tidak berada di bawah senarai perkhidmatan penting dalam SOP MKN (Majlis Keselamatan Negara).

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

miti

β€œKetika konfigurasi sistem, terdapat sesetengah syarikat yang dapat memuat turun surat (kebenaran) tersebut, tetapi mereka masih tidak boleh menggunakan surat tersebut (untuk beroperasi) atas sebab SOP,” katanya dalam satu respons kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, surat yang dilihat Malaysiakini menyatakan kilang yang terletak di Klang, Selangor itu disahkan telah didaftar dalam Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), serta dibenarkan beroperasi dalam tempoh pelan pemulihan negara (PPN) bermula 5 Julai.

Menurut sumber dari Miti, surat tersebut tidak sah memandangkan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu PKPD perlu dipatuhi.

β€œMereka perlu patuhi SOP… Jika mereka mempunyai kilang di bukan kawasan PKPD dan berada di bawah sektor yang dibenarkan beroperasi, jadi tiada isu,” katanya lagi.

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas dari Top Glove mengenai perkara ini.

Sumber tersebut menambah, ketetapan sama turut diguna pakai bagi kilang bukan sektor penting di kawasan PKPD.

Dia berkata demikian apabila ditanya mengenai aduan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa terdapat kilang dan pejabat yang bukan sektor penting dalam kawasan PKPD mendapat kebenaran untuk beroperasi.

Menurut MTUC, surat yang dikeluarkan oleh Miti itu bertarikh 4 Julai dan membenarkan kilang dan pejabat terbabit beroperasi bermula 5 Julai.

Dua kilang dan pejabat itu terletak di Klang dan Teluk Panglima Garang yang terletak di daerah Kuala Langat. Kedua-dua kawasan itu kini di bawah PKPD.

“Mereka main muat turun sahaja. Kita tak proses dan bagi kelulusan pun.

β€œMereka boleh automatik muat turun ketika konfigurasi,” katanya sambil menekankan bahawa syarikat-syarikat itu perlu bertanggungjawab dalam mematuhi SOP.

Pada masa sama, sumber turut melampirkan infografik berkaitan surat kebenaran CIMS 3.0 dari Miti yang boleh dimuat turun oleh syarikat-syarikat bermula 5 Julai bagi lokasi PPN Fasa 1 dan Fasa 2, kecuali bagi lokaliti PKPD.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/581907

BACA JUGA :Β Gempar !!! Asyraf dedah pemimpin Umno mula berubah sikap sejak masuk kerajaan PN