Misteri !!! Wanita dakwa lahir anak kembar 10 ‘hilang’ bersama bayi-bayi, tak dapat dikesan

Oleh MHDAILY

Teman lelaki kepada wanita yang didakwa melahirkan bayi kembar 10 mendedahkan keraguan tentang kesahihan kelahiran tersebut selepas gagal mengenalpasti lokasi wanita itu buat masa ini, lapor portal MailOnline semalam.

Tebogo Tsotetsi, mengakui dia tidak berjumpa dengan teman wanitanya, Gosiame Sithole dan ‘bayi-bayi’ tersebut sejak wanita itu menghebahkan berita kelahiran kembar 10 itu pada 8 Jun lepas.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga bagi pihak Tsotetsi mendedahkan bahawa lelaki itu beberapa kali pernah mencuba menghubungi Sithole, namun wanita itu tidak memberitahu lokasinya.

Baca Artikel Penuh