Misteri ikan puyu dari sungai masuk ke Surau di Kuala Selangor

Misteri

Misteri ikan puyu dari sungai masuk ke Surau di Kuala Selangor.Sejak kebelakangan ini cuaca di negara kita sudah masuk ke fasa ‘musim sejuk’ apabila ada sesetengah negeri yang mengalami cuaca hujan seharian. Bila sudah hujan seharian, kita tidak terlepas dari menghadapi situasi banjir dan yang terbaharu, kejadian banjir berlaku di Yan, Kedah semalam.

Selain itu, terdapat beberapa negeri lain juga yang mengalami cuaca hujan dan banjir kecil. Seperti apa yang dikongsikan di laman Facebook, kejadian berlaku di Kuala Selangor ini mendapat perhatian ramai apabila kelihatan beratus ikan puyu naik ke darat!

Baca juga: ‘Ada Darah Menitik, Bau Bangkai’-Rupanya Dalam Kereta Ada Ular Sawa Sebesar Lengan Lelaki Dewasa

IKAN PUYU DARI SUNGAI NAIK KE DARAT, MASUK SURAU!

Terdapat dua perkongsian video oleh Su Ahmad yang memaparkan beratus ekor ikan puyu dari sungai, naik ke darat dan menuju ke salah sebuah surau di Kuala Selangor.

Misteri

Kejadian di Kuala Selangor hari ni.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Petunjuk apakah yang Allah hendak sampaikan? Ikan-ikan puyu dari sungai naik hingga ke darat dan masuk ke surau. Bila rakyat Selangor masih tidak dibenarkan bersolat di surau, ikan-ikan yang pergi ke surau.

Tengok lah kejadian dengan mata hati ya. Bukan buat jenaka dengan kehadiran naiknya beratus-ratus ikan puyu ke darat menuju ke surau. Allah nak tunjukkan sesuatu. Dan kejadian banjir besar yang sedang melanda Kedah sekarang seperti tsunami daratan. Allahu Akbar. Ampuni lah kami, Ya Allah.

“ALLAHUAKHBAR! PETANDA APA AGAKNYA?”
Ramai pengguna Facebook juga melahirkan rasa risau kerana ini mungkin merupakan tanda yang diberikan oleh Allah SWT bahawa ada bencana yang bakal berlaku. Ini juga memberi peringatan buat orang ramai supaya berjaga-jaga akan keadaan sekeliling dan membuat persiapan jika berlakunya banjir besar.

Misteri

*Sama sama kita doakan supaya bencana banjir yang melanda negeri Kedah dapat reda dalam masa terdekat.

Berita Penuh : https://siraplimau.com/petanda-apa-ni-ikan-puyu-dari-sungai-naik-ke-darat-masuk-surau-di-kuala-selangor/

BACA: Panas !!! Muhyiddin rampas kuasa dari PH untuk serah kepada Umno?