Misteri diberi nama ‘Selipar Jepun’ akhirnya terbongkar

Misteri diberi nama ‘Selipar Jepun’ akhirnya terbongkar. SELIPAR apa yang popular disebut dari dulu sampai sekarang? Dah tentu ‘selipar Jepun’. Namanya pun sudah menggambarkan selipar yang mudah, tahan lasak dan senang dipakai.

Tahukah anda siapa yang cipta selipar Jepun ini? Adakah orang Jepun dan sebab itu diletakkan perkataan ‘Jepun’ di belakangnya?

Jika kita lihat sejarah berkaitan selipar, ia sangat panjang. Terdapat banyak bukti menunjukkan kewujudan selipar yang ada pada hari ini telah mula dihasilkan oleh kaum primitif.

Buktinya, antara sandal tertua di dunia yang diperbuat daripada kulit lembu telah ditemui di sebuah gua di Armenia. Ia masih berkeadaan baik, meskipun diyakini wujud kira-kira 3,500 Sebelum Masihi (SM).

Bagaimanapun, terdapat bukti lain menunjukkan bahawa penggunaan selipar sebenarnya lebih lama daripada tempoh tersebut.

Seorang Profesor Antropologi Fizik dari Universiti Washington di St. Louis, Erik Trinkaus, mempunyai teori bahawa selipar telah digunakan sejak sekitar 40,000 dan 26,000 tahun dahulu lagi. Ini berdasarkan penemuan bukti pada ketebalan tulang jari kaki kaum primitif seperti ibu jari kaki mengalami penyusutan atau menjadi nipis dan lebih pendek.

Baca Artikel Penuh