Misi pemuda Perancis ini keliling dunia naik motosikal terencat, sampai Malaysia brek kena rembat

Misi pemuda Perancis ini keliling dunia naik motosikal terencat, sampai Malaysia brek kena rembat. Kebanyakan orang mesti ada impian untuk menjelajah dunia.

Ibarat pepatah ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’, apabila kita mengembara ke tempat-tempat yang asing daripada kebiasaan, pasti banyak perkara yang boleh dipelajari. Lebih-lebih daripada aspek kepelbagaian budaya, agama, dan bahasa, sesuatu kawasan itu.

Namun begitu, dalam melakukan pengembaraan ini, pasti akan terdapat beberapa ujian yang tidak disangka tetapi terpaksa dilalui juga, seperti yang berlaku kepada seorang lelaki ini.

Baru-baru ini tular di laman sosial apabila penjelajahan seorang lelaki Perancis mengelilingi Asia Tenggara terpaksa ditangguhkan apabila brek motosikalnya dicuri di Pulau Pinang

Misi pemuda Perancis ini keliling dunia naik motosikal terencat, sampai Malaysia brek kena rembat

Perjalanan Sylvain Ratichon Ract yang pada ketika ini sedang melakukan ekpedisi kembara solo terbantut seketika disebabkan angkup atau kaliper brek motosikalnya dicuri setibanya dia di Butterworth, Pulau Pinang.

Apabila komponen motosikal yang dicuri itu tidak boleh ditemui di sekitar Malaysia menyebabkan Sylvain terpaksa membelinya dari luar negara dengan harga yang sangat mahal.

Paparan skrin luahan Sylvain di laman Facebook telah tersebar dalam laman-laman sosial lain.

Misi pemuda Perancis ini keliling dunia naik motosikal terencat, sampai Malaysia brek kena rembat

Sebelum kejadian ini, Sylvain telah merentasi Asia Tenggara dengan bermotosikal dan telah berkunjung ke beberapa tempat di Thailand termasuklah Taman Negara Khao Yai, Rayong, Pattaya dan Bangkok.

Sylvain juga berkongsi penjelajahannya menerusi laman Facebook 1 Moto 1 Planete .

Menerusi perkongsian di laman Twitter @My_CrimeWatch , rata-rata netizen meluahkan rasa dukacita mereka terhadap insiden ini.

Misi pemuda Perancis ini keliling dunia naik motosikal terencat, sampai Malaysia brek kena rembat

Haih, memalukanlah kejadian macam ini jadi di Malaysia.

Baca Juga : Gadis tol dedah 5 sikap pelik rakyat Malaysia waktu bayar tol
Tular keratan berita ‘Gelaran Datuk Seri MB Terengganu ditarik balik’, ini penjelasannya
Dividen KWSP 2021 : Berapa sebenarnya anda dapat, ini cara untuk membuat semakan