MINDEF buka pengambilan tentera darat besar-besaran disember ini

MINDEF buka pengambilan tentera darat besar besaran disember ini

MINDEF buka pengambilan tentera darat besar-besaran disember ini. Permohonan adalah ditawarkan kepada semua 100 Warganegara Malaysia yang berumur diantara 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada pada tarikh 31 Disember 2022 (Ini adalah Pengambilan Siri 197 2023) adalah ditawarkan memohon untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Tentera Darat Malaysia (TD) sepertimana berikut.

1. Permohonan untuk Perajurit Muda Tentera Darat (Lelaki/ Wanita) Tahun 2023

Tarikh permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

MINDEF buka pengambilan tentera darat besar besaran disember ini

RUJUK SYARAT ASAS PERMOHONAN DIBAWAH

1. Warganegara Malaysia
2. Mestilah berumur antara 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2022 (Pengambilan Siri 197 2023).
3. Penglihatan –

  • Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Bukan seorang yang rabun warna.

4. Pendengaran – Mempunyai pendengaran yang baik tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran

5. Taraf kesihatan

  • Mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit asma, tidak cacat anggota badan, tidak ada penyakit kronik dan tidak ada penyakit keturunan.
  • Yang paling penting adalah mempunyai tahap kecergasan jasmani yang tinggi.

SYARAT FIZIKAL

Tinggi:

  • Mempunyai ketinggian Minima bagi Lelaki berukuran 1.62 m
  • Mempunyai ketinggian Minima bagi Wanita berukuran 1.57 m

Berat:

  • Lelaki Mempunyai Berat Badan Minima 47.5 kg
  • Wanita Mempunyai Berat Badan Minima 45.0 kg

Indeks Jisim Badan (BMI) :

  • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0

RUJUK SYARAT AKADEMIK DIBAWAH

KELAYAKAN TAMBAHAN

1. Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
2. Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
3. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

CALON YANG BENAR-BENAR LAYAK SAHAJA YANG AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR

1. Ujian Kesihatan.
2. Ujian Kecergasan:

  • Larian 2.4 KM – Dalam masa 14 minit
  • Tekan Tubi – sebanyak 40 kali
  • Bangkit Tubi – Sebanyak 45 kali

3. Ujian Bertulis:

  • Ujian Psikologi
  • Ujian Kecerdasan (IQ)
  • Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)

GAJI YANG DITAWARKAN DAN KEMASUKAN KELAYAKAN AKADEMIK

1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

[Tangga Gaji Permulaan : RM1,459.00]

2. SPVM – Mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

[Tangga Gaji Permulaan : RM1,564.00]

3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji Permulaan : RM1,630.01]

4. MEMPUNYAI SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji Permulaan : RM1,696.02]

5. MEMPUNYAI DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji Permulaan : RM1,894.05]

6. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji Permulaan : RM2,026.07]

PERUNTUKAN ELAUN

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Bayaran Insentif Khas
  • Elaun Kepakaran
  • Elauan Imbuhan Perumahan
  • Elaun Perjalanan

KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN

  • Rawatan Perubatan
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Kemudahan Kediaman

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja dengan menggunakan pautan yang diberikan dibawah:

Pendaftaran Baru/Daftar Masuk – https://mims.mod.gov.my/sppmtd/

2. Calon harus membaca dan memahami syarat kelayakan memohon yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.

3. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.

4. Sila semak dan pastikan maklumat anda yang diisi adalah lengkap dan sempurna sebelum dihantar.

5. Setiap calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 DISEMBER 2022 (SABTU).

BACA:

Padah parking salah, gadis buat ukiran ‘no parking’ di badan kereta

Penjawat Awam maut gantung diri di kuarters Putrajaya

Che Ta pakai baju harga tak masuk akal di hari sambutan anniversary ke-9

CATEGORIES