Mimpi ngeri buat Perikatan Nasional, cubaan tukar kerajaan menerusi Istana tidak akan berlaku

Oleh MHDAILY

Mimpi ngeri buat Perikatan Nasional, cubaan tukar kerajaan menerusi Istana tidak akan berlaku

Istana Negara tidak akan melayan sebarang dakwaan oleh mana-mana pihak bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah kehilangan sokongan majoriti, kata sumber.

Sumber itu, yang enggan namanya disiarkan, memberitahu  bahawa perubahan kerajaan secara mendadak mungkin tidak berlaku,

Mimpi ngeri buat Perikatan Nasional, cubaan tukar kerajaan menerusi Istana tidak akan berlaku

sambil menambah, “sebarang percubaan untuk menukar kerajaan menerusi Istana tidak akan berlaku”.

“Jika hendak ubah kerajaan, ia mesti dilakukan sama ada melalui undi tidak percaya atau pembubaran Parlimen,” kata sumber.

Timbul spekulasi kononnya wujud komplot untuk menjatuhkan Anwar selepas dilaporkan bahawa 10 Ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin selepas PRU15 merancang untuk memaksa pilihan raya kecil diadakan.

Mereka dikatakan merancang untuk keluar parti, sekali gus menyebabkan kerusi mereka dikosongkan, menurut undang-undang anti-lompat parti.

Pemimpin Bersatu Faiz Na’aman menghangatkan lagi spekulasi dengan berkias-kias menerusi catatannya di Facebook: “126 dah … jika benar, Alhamdulillah.”

Faiz kemudian berkata, beliau dia tidak dapat mendedahkan apa-apa, tetapi meminta penyokongnya “tunggu dan lihat”.

Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH), menyangkal khabar angin itu dengan berkata ia tidak berasas, dan sekutu utamanya, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah, berdiri teguh di belakangnya.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda tidak berhasrat untuk terlibat dalam politik dan menyeru ahli politik menerima keputusan PRU15.

BACA:

Ahli Parlimen Permatang Pauh bakal calon Ketua Menteri Melayu pertama Pulau Pinang?

Ini kronologi mudah faham kes saman fitnah Ustaz Ahmad Dusuki dengan Dr Mujahid Yusof Rawa