Michael Ang tayang cincin, bakal tamatkan status bujang?

Michael Ang tayang cincin, bakal tamatkan status bujang.Pengarah terkenal, Michael Ang tampil meninggalkan tanda tanya pada peminat dan rakan selebriti apabila dilihat memuatnaik foto cincin di Instagram.

Tulis Kapsyen Romantik
Berdasarkan perkongsian tersebut, cincin itu merupakan dari jenama mewah Perancis, Cartier dan Michael yang kini bergelar penyanyi turut meninggalkan kapsyen romantik.

“Hey saya mahu mengucapkan terima kasih kerana berada di sisi saya. Anda adalah sebab saya hidup sekarang. Dan saya menghargai anda sangat-sangat!” tulis Michael

Dibanjiri Komen Rakan Artis & Peminat

Michael Ang tayang cincin, bakal tamatkan status bujang?

Meninjau ke ruangan komen,rata-rata peminat serta rakan artis terkejut dengan perkongsian tersebut dan tertanya adakah Michael memberi petunjuk akan menamatkan status bujangnya.

Sehingga kini, Michael masih belum memberikan sebarang kenyataan terhadap persoalan mengenai bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Sekadar info, baru-baru ini Michael telah melancarkan single terbaharunya berjudul Cinta Atau Propa.

BACA JUGA : Hadi beri amaran kepada Umno, jangan buat PRN lagi, jika tidak…
Bayaran RM2.8 juta diterima Zizie Izette adalah strategi pemasaran, mahkamah diberitahu

CATEGORIES