MIC sahkan PRU15 sebelum November tahun ini

MIC sahkan PRU15 sebelum November tahun ini

MIC sahkan PRU15 sebelum November tahun ini. MIC membayangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal diadakan dalam masa terdekat, sekali gus menolak dakwaan ia akan diadakan ketika musim banjir.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri M Saravanan, berkata laporan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan banjir berkemungkinan berlaku selepas 15 November ini.

“Tapi kalau esok atau lusa Parlimen dibubarkan, kita masih boleh adakan PRU15 pada minggu pertama atau kedua selepas bubar dan ia masih sebelum November atau tarikh berkenaan.

“Dalam Kabinet kita sudah berbincang dengan meluas mengenai langkah untuk mengatasi bencana dan apa persediaan yang patut diadakan. Maka kerajaan hari ini bersedia sekiranya adakan PRU15 sebelum November.

“Pokoknya siapa kata nak adakan PRU15 masa banjir,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi taklimat khasi KSM kepada Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Bagan, Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

MIC sahkan PRU15 sebelum November tahun ini

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Lim Ze Hui menjangkakan tiada banjir besar akan berlaku kini sehingga awal November ini kerana negara belum memasuki Monsun Timur Laut.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan berkata, dalam tempoh peralihan monsun yang bermula pada bulan ini dan berterusan hingga November depan, beberapa kawasan masih terdedah kepada hujan serta ribut petir pada sebelah petang.

Jelas beliau lagi, ketika hujan lebat dan ribut petir pada masa singkat, sesetengah tempat turut berisiko mengalami banjir kilat bergantung kepada sistem perparitan dan sungai di kawasan terbabit.

BACA:

Pasangan ni bayar guna duit syiling beli kereta idaman selepas 2 tahun menyimpan

Azi buka mulut lokasi kena culik, kena ‘sorok’ di Laos

Norjuma terima notis bangkrap, ini perkara sebenar terjadi

CATEGORIES