MIC hentam pemimpin Umno, surat Zahid sokong Anwar jadi punca kemarahan MIC

MIC hentam pemimpin Umno, surat Zahid sokong Anwar jadi punca kemarahan MIC

Presiden MIC, SA Vigneswaran, mencabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, menyoal presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, berhubung surat sokongan untuk Yang di-Pertuan Agong melantik Presiden PKR, Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri.

Vigneswaran berkata Puad patut desak Zahid jawab perkara itu, sebelum menegur MIC jangan gopoh dalam hal kerjasama politik dengan pihak selain Barisan Nasional.

Beliau bertegas Zahid patut jawab siapa yang membuat keputusan untuk menyokong pemimpin parti lawan, seperti yang dinyatakan dalam surat itu, jika ia bukan keputusan Barisan Nasional.

“Dia berani ke tanya presiden dia?” katanya kepada FMT.

“Tanyalah keputusan siapa? Adakah itu keputusan BN atau Umno? Kalau bukan dua-dua, habis keputusan siapa?”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/06/jangan-cakap-mic-gopoh-tanya-zahid-dulu-pasal-surat-sokong-anwar-vicky-cabar-puad/