Mi Ayam mampu cegah Covid-19, dakwa peniaga

Mi Ayam

Mi Ayam mampu cegah Covid-19, dakwa peniaga. Seorang peniaga menarik perhatian ramai apabila mendakwa mi ayam yang dijualnya mampu mencegah jangkitan Covid-19, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Peniaga dari Jawa Timur itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai cara unik untuk mempromosikan mi ayam gerainya.

Berdasarkan satu video yang dimuat naik di Instagram, peniaga tersebut dilihat menggunakan pembesar suara untuk mempromosikan mi ayam dari gerainya di tepi jalan.

“Pengumuman buat masyarakat Kampung Sumberwaru. Bagi memutuskan rantaian Covid-19, anda disarankan untuk memakan mi ayam,” katanya menerusi pembesar suara tersebut.

Mi Ayam

Video itu menerima lebih daripada 330,000 tontonan dengan pelbagai komen diberikan oleh netizen yang memuji kreativiti peniaga tersebut, malah ada yang menyelar cara promosinya.

“Apabila kita makan mi ayam, hati kita jadi bahagia. Bahagia itulah yang akan meningkatkan imunisasi,” komen seorang pengguna.

“Pemasaran yang salah,” komen seorang lagi.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/23/peniaga-dakwa-mi-ayam-mampu-cegah-covid-19/

jika Terlepas: Doktor Kontrak tak wajar dilayan seperti warganegara kelas 2

Artikel ini disiarkan pada 25/07/2021

COMMENTS

Wordpress (0)