Mesej tular pendaftaran Vaksin AstraZeneca adalah palsu – JKJAV

Mesej tular pendaftaran Vaksin AstraZeneca adalah palsu – JKJAV

Dakwaan tempahan untuk vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada semua orang di Malaysia seperti tular di laman media sosial adalah palsu, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu dalam kenyataan semalam memaklumkan pautan https://www.vaksincovid.gov.my/en/register yang ditularkan itu hanyalah untuk pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan bukan untuk vaksin AstraZeneca.

Justeru, jawatankuasa itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu tersebut dan hanya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web atau media sosial mereka di Facebook, Instagram atau akaun @JKJAVMY untuk Twitter.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/574862