Menteri umum pengangkutan percuma untuk pelajar sekolah dan OKU

Menteri umum pengangkutan percuma untuk pelajar sekolah dan OKU

Menteri umum pengangkutan percuma untuk pelajar sekolah dan OKU,. Kementerian Pengangkutan akan melihat perkhidmatan pengangkutan awam yang sesuai di negara ini untuk dilaksanakan inisiatif tambang percuma yang bukan hanya akan diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) tetapi juga melibatkan pelajar sekolah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sehubungan itu juga, beliau akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bersama operator pengangkutan awam iaitu Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) dan Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) bagi membincangkan kaedah pelaksanaan inisiatif berkenaan.

“Akan ada perjumpaan dengan pihak operator seperti KTMB dan juga pihak Prasarana untuk melihat bagaimana boleh dilaksanakan inisiatif ini.

“Kementerian sedang melihat sektor dan perkhidmatan yang mungkin untuk diberikan secara percuma, ia akan secara berfasa-fasa. Saya sudah minta KTMB untuk melihat bagaimana boleh dioptimumkan subsidi yang diberikan kerajaan kepada KTMB untuk kegunaan manfaat golongan OKU dan juga pelajar.

Menteri umum pengangkutan percuma untuk pelajar sekolah dan OKU

“Pihak KTMB kami ada perkhidmatan KTM Komuter dan KTM Komuter Utara dan perkhidmatan kereta api di Pantai Timur yang digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah, jadi saya akan melihat bagaimana untuk perkhidmatan percuma khususnya perkhidmatan komuter dan kereta api KTM ini dapat ditawarkan,” katanya.

Menteri umum pengangkutan percuma untuk pelajar sekolah dan OKU

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Pertandingan Kaligrafi Cina Tahun 2023 di Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, golongan OKU bakal menikmati kelebihan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam secara percuma dan memaklumkan perkara itu juga sudah dipersetujui Siew Fook.

Jelas beliau, bagaimanapun, mekanisme pelaksanaan pemberian tambang percuma untuk golongan berkenaan perlu diteliti dan tarikh pelaksanaan tambang percuma itu bergantung kepada pihak Kementerian Pengangkutan.

Siew Fook dalam pada itu melihat, pelaksanaan inisiatif berkenaan tidak memerlukan sebarang peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan sebaliknya akan mengoptimumkan sumber yang ada termasuk menerusi bantuan dan subsidi yang telah diberikan sebelum ini.

“Memang saya ada perancangan, kita optimumkan sumber yang ada dalam kerajaan, perlu kita lihat kembali bagaimana untuk menstrukturkan semula bantuan dan subsidi supaya ia lebih bersasar dan sampai kepada golongan yang memerlukan.

“Saya tidak melihat perlunya peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan, gunakan peruntukan sedia ada, apabila kita rombak semula, apabila kita sasarkan peruntukan itu ia dapat bantu golongan OKU dan pelajar,” jelasnya lagi.

BACA:

Seksi dalam filem Pulau, “kalau tak suka jangan tengok” – Amelia

Aksi Syed Saddiq dan Amelia Henderson main badminton jadi buah mulut orang ramai

Pelanggan beratur panjang, wanita persoal mana pekerja lain? “Nama dah family..”

CATEGORIES