Menteri tiba-tiba kena tegur dengan DBP, ini puncanya

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima amaran dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung kesalahan ejaan.

Tengku Zafrul menyatakan bahawa sebelum ini, beliau tidak menyedari ejaan yang tepat dan mengucapkan terima kasih kepada DBP kerana memberikan teguran.

“Apa ejaan yang betul? Saya selama ini menggunakan ‘InsyaAllah’, tetapi sekarang saya faham bahawa ejaan yang betul ialah ‘insya-Allah’.

“Terima kasih @DBPMalaysia kerana memberi amaran tentang ejaan ini. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dalam menggunakan istilah ini, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan di Twitter pada Rabu.

Pada 31 Mac yang lalu, DBP melalui surat rasmi memberitahu bahawa mereka telah menerima aduan daripada pengguna bahasa Melayu mengenai kesalahan ejaan perkataan tersebut pada hantaran Twitter Tengku Zafrul.

DBP menjelaskan bahawa ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Perdana adalah ‘insya-Alla

Baca Artikel Penuh