Menteri sahkan sampah yang tiba dari Amerika adalah ‘bersih’

Oleh MHDAILY

Dua buah kontena yang tiba di Pelabuhan Klang pada 27 Mac (Sabtu lepas) dari Amerika Syarikat mengandungi barang dagangan sisa plastik jenis polietilena yang bersih, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sisa plastik tersebut adalah bersih, homogenous dan memenuhi kriteria seperti mana yang telah disyaratkan dalam lesen import sisa plastik (Approved Permit, AP) kepada pengimport,” katanya serta menambah perkara itu disahkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN).

Beliau berkata pemeriksaan terhadap kontena berkenaan dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, JPSPN, Lembaga Pelabuhan Klang, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Westport Malaysia Sdn Bhd.

Baca Artikel Penuh