Menteri sahkan hampir setengah juta rakyat Malaysia dah terima dua dos suntikan vaksin Covid-19

Oleh MHDAILY

Seramai 409,784 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 609,153 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 1,018,937.

Menerusi satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 80,195 diikuti Sarawak (63,539), Kuala Lumpur (57,152), Johor (56,663) dan Sabah (54,309).

Baca Artikel Penuh