Menteri nak pisahkan tugas Peguam Negara dengan Pendakwa Raya? Tapi kenapa? Ini sebab yang korang tak tahu

Oleh MHDAILY

Menteri nak pisahkan tugas Peguam Negara dengan Pendakwa Raya? Tapi kenapa? Ini sebab yang korang tak tahu.

Tak lama selepas pengumuman barisan kabinet PM Anwar Ibrahim, rakyat sudah mula memerhati inisiatif yang mula diambil oleh setiap kementerian.

Antara yang menjadi perbualan adalah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang telah memantau dan memberi laporan tentang sistem LRT secara terperinci.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Menteri nak pisahkan tugas Peguam Negara dengan Pendakwa Raya? Tapi kenapa? Ini sebab yang korang tak tahu

Tapi apa yang kami nak cerita kali ini adalah satu perkara lain yang boleh memberi impak besar terhadap pentadbiran negara.

Baru-baru ini, Azalina Othman selaku Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi telah melancarkan langkah awal untuk mengasingkan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Pada 7 Disember, Azalina Othman bertemu dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membincangkan perkara ini, dan AGC dikatakan akan menyediakan kertas cadangan bagi penstrukturan semula tersebut.

Ini langkah pertama ke arah pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan saya berharap kerjasama baik antara Jabatan Peguam Negara dan pihak kami di pejabat Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi akan membuahkan hasil secepat mungkin, Insya Allah.”

Azalina Othman, sumber daripada laman Facebook rasmi
Bagi sesiapa yang tak berapa biasa akan peranan kedua-dua jawatan ini, kat sini kami cuba terangkan…

Apa tugas Peguam Negara? Apa tugas Pendakwa Raya? Kenapa kena pisahkan dua-dua ni?

Gani Patail, Ali Apandi, dan Tommy Thomas – antara bekas Peguam Negara sebelum ini.

Secara ringkasnya, Peguam Negara atau Attorney General (AG) adalah merupakan penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia. Pelantikan AG dicadangkan oleh Perdana Menteri dan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong.

AG juga memegang peranan penting dalam hal-hal berkaitan badan kehakiman di Malaysia, termasuklah:

Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang

Berada dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan

Berada dalam Lembaga Pengampunan bagi setiap negeri

Ketua Pendakwa Raya pula bertanggungjawab mengepalai sebarang prosiding jenayah di Malaysia, kecuali kes syariah, kes tentera, dan kes yang melibatkan orang asli. Pendakwa Raya berkuasa menentukan kes mana yang di bawa ke mahkamah, undang-undang mana yang terpakai, serta kes mana yang perlu digugurkan atau diteruskan.

Senang cerita, Peguam Negara pastikan apa-apa yang dibuat oleh kerajaan adalah mematuhi undang-undang, manakala Pendakwa Raya memastikan semua penjenayah diadili melalui sistem kehakiman kita.

Secara teorinya, takde masalah pun bagi AG untuk turut menggalas jawatan sebagai pendakwa raya. AG yang berada di kedudukan tertinggi pada badan kehakiman sepatutnya bebas untuk mendakwa sesiapa sahaja termasuklah Perdana Menteri.

Tapi oleh kerana AG dilantik di bawah nasihat PM, dia juga boleh dipecat dan diganti pada bila-bila masa kalau dia tak sebulu dengan PM. Sebab itulah ada pandangan yang mengatakan AG bukanlah bebas sepenuhnya daripada pengaruh politik. Nak lagi dengan kuasa undang-undang yang tertakluk pada AG, tak susah nak bayangkan kalau sebarang kes korupsi yang melibatkan ahli politik boleh digugurkan tak semena-mena.

Jadi macam mana pengasingan kuasa ini boleh membantu?

Seperti kata Azalina, pekara ini merupakan langkah pertama. Mungkin bila peranan Ketua Peguam dan Pendakwa Raya diasingkan, ada semak imbang antara kedua-duanya. Atau mungkin cara pemilihan Peguam Negara atau Pendakwa Raya perlu diputuskan oleh sekumpulan jawatankuasa dan bukanlah bergantung kepada seorang individu semata-mata.

Kalau anda berminat, boleh baca secara lebih mendalam di sini. Apa yang kita harapkan adalah sistem perundangan yang bebas daripada pengaruh politik, dan sesiapa yang didakwa akan menjalani proses penghakiman yang adil sama seperti rakyat biasa.

BACA:

Pelanggan terkejut beli nasi kerabu free 10 zat dari stapler, sekali ini yang jadi

β€œIsteri kerap minta cerai, ditengkingnya aku sebab tak ceraikan, dia tak hormat suami dia, rupanya ini kerja dia belakang aku