Menteri nafi dakwaan Rafizi, ‘dia bukan isteri saya’

Menteri nafi dakwaan Rafizi, ‘dia bukan isteri saya’Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abd Latiff Ahmad menafikan dakwaan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang isterinya terbabit dalam penyelewengan projek kapal tempur pesisir (LCS).

“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek LCS, saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana dinyatakan dalam berita tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Latiff berkata, sebagai anggota Kabinet, beliau bersedia memberikan kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan lanjut.

Terdahulu, Rafizi mendakwa kononnya isteri Latiff sebagai pemilik dua syarikat yang didakwa menyeleweng dana projek LCS bernilai RM9 bilion.

Menteri nafi dakwaan Rafizi, 'dia bukan isteri saya'

Katanya, kedua-dua syarikat itu mempunyai nama yang serupa dengan sebuah syarikat Perancis. Syarikat-syarikat tersebut telah didaftarkan sebagai syarikat luar pesisir di Malta dan Labuan.

Baca Artikel Penuh