Menteri Kerja Raya disahkan positif Covid-19

Oleh MHDAILY

Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof, disahkan positif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan awal malam tadi.

Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya, beliau sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk yang terkini pada 3 Jun lalu.

“Beliau menjalani ujian saringan Covid-19 pada 10.15 pagi semalam (10 Jun 2021) sebagai rutin yang dibuat oleh Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Difahamkan, beliau kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin di rumah disebabkan tiada sebarang gejala seperti nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sepanjang tempoh kuarantin, Fadillah akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan lancar.

“Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.”

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/11/menteri-kerja-raya-positif-covid-19/