Menteri kabinet Muhyiddin setuju kekalkan gabungan PN, BN, GPS

kerajaan

Menteri kabinet Muhyiddin setuju kekalkan gabungan PN, BN, GPS. Mesyuarat Kabinet hari ini berlangsung dengan tenang dan semua pemimpin wakil parti bersetuju solidariti dibentuk antara parti dalam Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) dikekalkan selepas ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ketika mesyuarat Kabinet pagi tadi, setiap menteri yang mewakili parti dalam kerajaan juga diberi peluang berucap dan memberi pandangannya.

“Perjalanan mesyuarat Alhamdulillah, semua tenang dan setiap wakil parti memberi ucapan dan semua setuju kekalkan solidariti bersama.

“Perjuangan masih panjang dan program vaksinasi perlu diteruskan. Kebajikan rakyat dan keadaan semasa rakyat yang susah masih jadi sebahagian ucapan Perdana Menteri tadi,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

kabinet
Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air turut meminta semua rakyat supaya menunggu perkembangannya selepas ini.

Pagi tadi, Tan Sri Muhyiddin Yasin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di pejabatnya di Putrajaya.

Sebaik selesai mesyuarat itu, beliau menuju ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong dan kembali ke kediamannya di Bukit Damansara di sini.

Sementara itu, beberapa Menteri Kabinet lain yang cuba dihubungi masih tidak memberi respons.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/851897/setuju-kekalkan-solidariti-pn-bn-gps

BACA: Sah !!! Kabinet Muhyiddin bubar

CATEGORIES