Menteri cuci tahi cicak guna waterjet, jelas JKM

Oleh MHDAILY

Menteri cuci tahi cicak guna waterjet.Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjelaskan Rina Harun sebenarnya membersihkan kesan najis unggas dan cicak yang sukar dicuci di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas dikatakan hanya “berposing” ketika dirakam mencuci simen bersih hingga mendapat kecaman warganet di media sosial.

JKM berkata isu tular itu berlaku ketika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turun padang menyertai operasi pasca bencana banjir dengan membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Salak Tinggi yang dijadikan sebagai PPS sejak 18 hingga 23 Dis lalu.

Katanya, beliau bersama Sukarelawan Keluarga Malaysia bukan hanya membersihkan kawasan itu tetapi turut mengemas bilik darjah dan menyusun atur logistik lain memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.

Baca Artikel Penuh