Menteri Agama nafi kerajaan mahu mansuh jaminan kerajaan terhadap pendeposit TH

Oleh MHDAILY

Saya terpanggil untuk memberi penjelasan terhadap isu yang berlegar berkenaan perbincangan saya dan Menteri Kewangan berkenaan Tabung Haji semalam.

Apa yang tertera pada tajuk ini adalah tidak benar sama sekali. Ia sama sekali tidak menggambarkan pendirian Kerajaan dalam hal tersebut.

Perbincangan semalam hanya seputar isu-isu penstrukturan semula (structural reform) yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi khususnya bagi manfaat para pendeposit Tabung Haji. Kerisauan yang dibangkitkan oleh segelintir pihak berkenaan adalah diluar fokus perbincangan semalam.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Sebagaimana umum sedia maklum, prestasi cemerlang Tabung Haji sejak peralihan Kerajaan berjaya membuktikan kestabilan tadbir urus agensi berkenaan. Ini dapat dibuktikan antaranya menerusi pembelian Menara VSQ1 daripada Bukit Damansara Development Sdn. Bhd. [bit.ly/VSQ1TH], dan jumlah deposit sebanyak RM75.9 billion sehingga 30 Disember 2020.

Saya ingin menegaskan bahawa Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap terus dipertahankan. Tabung Haji adalah kebanggaan dan harapan umat Islam di Malaysia.

Kita berada di landasan yang betul dan dengan sokongan umat Islam di Malaysia, amanah umat Islam untuk melihat Tabung Haji terus menapak ke hadapan akan dijunjung setingginya. – FB

Artikel berkaitan :ย Gempar !!! Kerajaan PN mahu mansuh jaminan kerajaan terhadap wang simpanan pendeposit TH?