Menteri Agama meninjau pemasangan eskalator di Masjid Wilayah

Alhamdulillah, meninjau 2 unit sistem eskalator baharu Masjid Wilayah Persekutuan. Kerja-kerja penggantian eskalator yang bermula pada 20 September 2020 tersebut siap sepenuhnya pada 23 April 2021. Menariknya, ia siap 4 bulan lebih awal dari jadual. Keseluruhan kos penggantian dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Baitulmal MAIWP .

Kemudahan ini pastinya memberikan keselesaan kepada para jemaah untuk menunaikan solat dan beribadah di Masjid Wilayah Persekutuan terutama jemaah Orang Kurang Upaya (OKU), orang tua dan yang mempunyai keuzuran kesihatan kaki lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.

Penggantian eskalator tersebut dilaksanakan setelah hampir 20 tahun semenjak Masjid Wilayah siap dibina. InsyaAllah lif pula akan disiapkan dalam tempoh sebulan lagi.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)