Menteri Agama akhirnya buka mulut isu pengkid buat umrah pakai ihram lelaki

Oleh MHDAILY

Menteri Agama akhirnya buka mulut isu pengkid buat umrah pakai ihram lelaki. Tindakan tegas menanti kepulangan seorang seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Idris menegaskan, tindakan itu perlu kerana isu berkenaan membabitkan hukum agama.

Justeru itu, beliau meminta bantuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyiasat bagi memastikan kesahihan isu yang sedang tular di media sosial itu, sebelum tindakan seterusnya dapat diambil.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Saya mengambil berat perkara yang telah ditular dakwaan yang melaporkan seorang yang wanita yang mengerjakan umrah, namun berpakaian ihram lelaki. Isu ini melibatkan hukum hakam agama. Tindakan tegas akan dikenakan.

“Pihak saya telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya memohon pihak KDN untuk membuat siasatan lanjut setibanya individu tersebut di Malaysia nanti.

Menteri Agama akhirnya buka mulut isu pengkid buat umrah pakai ihram lelaki

“Saya juga telah menghubungi pihak MOTAC untuk memastikan jika perkara ini benar, tindakan tegas juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu tersebut,” katanya menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook beliau hari ini.

Sejak semalam, tular di Twitter beberapa hantaran mengenai wanita berkenaan susulan videonya berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki.

Dalam satu hantaran video menunjukkan wanita terbabit menuju ke Raudhah, seorang pengguna Twitter yang berkongsi perbuatan terbabit mengesahkan individu berkenaan adalah wanita dan bekas pekerjanya.

Difahamkan wanita berperwatakan lelaki itu ke Tanah Suci dengan menggunakan visa pelancong dan bukan menerusi khidmat agensi umrah.

BACA:

Ustaz tahfiz kena terajang dengan pemuda kena 4 jahitan

Wanita baru sedar bayinya tertinggal di Airport ketika dalam pesawat, semua terkejut bila pilot buat..

“Jijik baca komen bini orang dekat sini”- Foto atlet lelaki Malaysia jadi perhatian