Menjelang pengundian bajet, 5 pesanan buat ahli parlimen

Ahli-ahli parlimen jangan nak tunjuk hero bergaduh dengan Speaker sebelum hari mengundi bajet Khamis ini. Nanti cerita wayang belum habis, hero mati dulu. Speaker memang cari peluang je nak halau MP pembangkang keluar dewan supaya tak boleh mengundi nanti.

Ahli-ahli parlimen pembangkang dan sebahagian ahli parlimen kerajaan yang sedang diekori oleh pihak SB tu jangan gabrah sangat. Rileks … itu hanya mainan psywar je. Sampai masa mengundi kat parlimen nanti, bukan SB boleh buat apa-apa pun.

Sebahagian anggota parlimen mendapat ugutan dan sebahagian anggota parlimen mendapat tawaran supaya menyokong bajet. Balas kata akan sokong bajet. Biar Muhyidin rasa confident. Sampai masa nanti, terus undi tolak je.

Jangan bangkit sebarang isu yang boleh memecahkan undi pembangkang. Tempoh sampai hari mengundi adalah tempoh bertenang. Bila bajet Muhyidin dah berjaya ditolak nanti, sambung laa gaduh tu kalau nak gaduh sangat.

Rakyat juga tak perlu ditakut-takutkan. Bajet ditolak bukan bermakna negara akan hancur. Bukan bermakna gaji kakitangan akan diberhentikan. Negara akan berjalan seperti biasa sehinggalah penyelesaian baru dapat disepakati oleh semua pihak.

Sumber :