Menitik air mata Mira Filzah tengok bayi lelakinya kena sunat

Menitik air mata Mira Filzah tengok bayi lelakinya kena sunat

Menitik air mata Mira Filzah tengok bayi lelakinya kena sunat. KHATAN anak ketika usia bayi banyak kelebihannya. Pelakon, Mira Filzah berkongsi menangis apabila anaknya disunatkan dan turut berkongsi pengalaman.

Mira melahirkan cahaya mata sulungnya, Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022 lalu berkongsi telah mengkhatankan bayinya itu. Pelakon utama drama “Lelaki Kiriman Tuhan” itu mengaku menitiskan air mata mendengar tangisan si anak.

“Papa dan mama sangat berbangga baiknya kamu semasa ‘sunat’/khatan! Mama menangis bila mendengar tangisanmu pada mulanya. Papa tak menangis tetapi ngilu.

“Boleh dikatakan sepanjang proses khatan kamu tenang dan senyap. Senang Dr nak buat kerja. Bak kata Dr Razak “..depan sudah lepas, bawah pun sudah lepas.. you’re a cool baby”. Alhamdulillah, well done son. May you recover swiftly our dearest little champ!” titipnya.

Dalam pada itu, dalam hantaran yang dikongsikan bersama Mira dan suami, Wan Emir Astar, mereka turut berkongsi 30 hari bergelar ibu bapa adalah momen yang terindah yang tidak dilupakan, termasuk malam yang tidak dapat melelapkan mata kerana menjaga si buah hati.

Menitik air mata Mira Filzah tengok bayi lelakinya kena sunat

Pasangan itu juga membacakan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan ayat-ayat al-Quran semasa mendodoikan.

Warga maya turut bersetuju khatan ketika bayi lebih mudah dijaga dan cepat sembuh dan berkongsi pengalaman masing-masing.

-“Alhamdulillah senang nak jaga sunat masa baby.”

-“Alhamdulillah! Insya-ALLAH dua hari sudah kering! Sangat mudah jaga baby boy sunat.”

-“Alhamdulillah insya-ALLAH sunat masa bayi ini cepat sembuh. Baby saya sunat ketika berumur empat bulan, dalam seminggu sudah sembuh.”

-“Ya betul sunat masa baby lebih mudah dijaga. Insya-ALLAH tujuh hari ring terbuka sendiri. Rajin sapu ubat dan kerapkan tukar lampin. Lampin pakaikan saiz besar sedikit dari biasa supaya tidak ketat ya.”

baca:

Pekerja guna penyodok sampah ‘sedut’ air, Perbadanan Stadium Malaysia jawab kritikan

Nikah gadis lain, Azri Iskandar nak saman portal dan wanita yang fitnah

CATEGORIES